Monday, October 12, 2009

Apa itu I-Mall??ingin tahu lebih lanjut...

I-Mall adalah satu sistem ecommerce yang diwujudkan oleh MyKRIS Asia bagi membentuk sikap orang ramai untuk membeli dan menjual barang secara online sekali gus menjadikan ianya sebagai trend yang glamour dikalangan kita semua suatu masa nanti.Tidak dinafikan sudah terdapat beberapa sistem sebegini yang hampir sama seperti amazon.com, ebay.com, lelong.com, alibaba.com dan sebagai nya. I-mall ini boleh digunakan oleh sesiapa sahaja. Hanya perlu melayari website ni www.mykris2u.com/i-mall. Kepada sesiapa yang ingin menjual barang mereka dan diiklankan di I-Mall, boleh mendaftarkan diri tanpa perlu membayar apa-apa yuran kemasukan. Kepada mereka yang ingin menjual barang/produk mereka di I-Mall digelar sebagai MyKRIS merchant. Merchant yang benar-benar berminat dengan kemudahan yang I-Mall sediakan hanya perlu register dan melengkapkan maklumat company dan juga memuat naik gambar-gambar produk/barang yang ingin dijual beserta dengan keterangan yang bersesuaian. Merchant juga perlu menyediakan perkhidmatan penghantaran dan ianya terpulang kepada merchant untuk mengenakan charge atau tidak. Kami amat mengalu-alukan penyertaan anda semua untuk bekerjasama dengan pihak kami dengan menyertai I-Mall. Dengan kaedah ini diharap dapat memudahkan pihak anda untuk memasarkan barangan anda kepada orang ramai tanpa perlu bersusah payah menghabiskan tenaga memasarkannya di pasaran.Sebarang kesulitan dan pertanyaan boleh menghantarkan emel ke hidayahtabot@gmail.com